Tugas-Tugas Setiap Unit Yang Ada Dalam Organisasi Kokurikulum Sekolah PENASIHAT Memberi nasihat dalam sesebuah organisasi supaya segala perancangan berjalan dengan lancer dan menjaga imej sesebuah organisasi PRESIDEN Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal. Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan. SETIAUSAHA Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan. Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya. PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/KELAB/PERSATUAN M...