Skip to main content
Tugas-Tugas Setiap Unit Yang Ada Dalam Organisasi Kokurikulum Sekolah



PENASIHAT
  • Memberi nasihat dalam sesebuah organisasi supaya segala perancangan berjalan dengan lancer dan menjaga imej sesebuah organisasi

PRESIDEN
  • Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.
  • Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.

 SETIAUSAHA
  • Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan
  • Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
  • Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan
  • Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.


PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/KELAB/PERSATUAN
  • Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja kokurikulum masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal.
  • Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
  • Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa kokurikulum untuk penyelarasan.
  • Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dilaksanakan dengan sempurna.
  • Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada SetiausahaKokurikulum untuk rekod sekolah.
  • Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikanprogram yang telah diatur.
  • Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.  

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/KELAB/PERSATUAN 
  • Merancang aktiviti dan latihan sepanjang tahun dan mingguan. 
  • Menentukan penglibatan semua murid.
  • Membantu setiausaha sukan mengadakan pertandingan di peringkatsekolah.
  • Bertanggungjawab mengeluarkan,menjaga dan menyimpan peralatanyang digunakan.
  • Menentukan rekod dan data diselenggara dengan baik.
  • Membuat mesyuarat jawatankuasa kecil 
  • Menjalankan aktiviti mengikut jadual yang telah ditetapkan.





Comments

Popular posts from this blog

Apa itu GERKO? GERKO adalah nama singkatan bagi Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) Kepentingan GERKO ada termaktub dalam akta pelajaran kita , iaitu : • Akta Pelajaran 1961 • Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran 1961   Dibawah bahagian Kursus-kursus Pengajian Sekolah , pihak berkenaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam kurikulum sekolah yang perlu dijalankan di semua sekolah . Akta ini mewajibkan di semua sekolah . Akta ini mewajibkan penyertaan murid dalam kokurikulum Akta pendidikan 1996 Konsep kokurikulum merupakan kepelbagaian aktiviti atau gerak kerja terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk  memberi murid peluang menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari didalam bilik darjah.    

Soalan-soalan Terkini

Berikan 2 Akta penubuhan diluar institusi pendidikan yg perlu didaftarkan. Jawapan: 1) Akta Pendaftaran Pertubuhan - parti politik, pertubuhan belia, badan kebajikan 2) Akta Parlimen - Persatuan pengakap, Pandu Puteri PBSM Berikan 8 prosedur penubuhan persatuan yg tiada badan induk. Jawapan: 1)    Perundingan antara pengetua/GB dengan guru yang terlibat 2)    Memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (jika perlu) 3)    Menyediakan perlembagaan dan undang-undang 4)    Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli 5)    Mendaftar keahlian 6)    Menghadkan mesyuarat agung dan pemilihan JK Kerja 7)    Merancang dan melaksanakan aktiviti 8)    Membuat pelaporan aktiviti kepada pentadbiran sekolah Berikan 5 bidang tugas pengerusi. Jawapan: 1) Mengurus dan mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan. 2) Melaksanakan ...